Daisypath Anniversary tickers

02 May 2012

Kandungan Produk

SEMAK KANDUNGAN PRODUK PILIHAN KAMU :

Vitamin A:
Sangat baik untuk kesihatan kulit kerana ia menyokong perkembangan dan pertumbuhan sel-sel kulit. Kekurangan vitamin A akan menyebabkan kulit kering dan bersisik. Kandungan produk yang mengadungi vitamin A dapat merangsang pembelahan sel pada kulit dan meningkatkan fungsi sel-sel yang melindungi kulit. Kebiasaannya vitamin ini terdapat pada pelembap kulit dengan perlindungan UV bagi kulit yang kering. Sari pati daripada vitamin ini dikenali dengan nama Reti A, mahupun Retinol atau Retinoid.

Vitamin B:
Vitamin ini sangat baik bagi menjaga kelembapan kulit. Zat Panethenol yang dihasilkan daripada vitamin B adalah satu-satunya zat daripada vitamin yang dapat disapukan pada bahagian luar kulit dan dapat diserap sehingga ke lapisan kulit bahagian dalam. Ia bermanfaat dalam menjaga keseimbangan, sekali gus menjaga kelembapan kulit. 

Vitamin C:
Manfaat utamanya mengurangkan kerosakan sel dan dapat menguatkan jaringan kologen. Ia bertindak melawan redikal bebas seperti sinaran matahari dan pencemaran udara. Vitamin C berfungsi sebagai penangkap zat-zat radikal tersebut dan melindungi sel-sel kulit. Selain itu, ia dapat menggerakkan aktiviti sel kulit dan membantu pembentukan jaringan kolagen iaitu jaringan yang membuatkan kulit lebih anjal.

Vitamin E:
Berfungsi sebagai penangkap zat radikal dan memperbaiki kelembapan kulit. Vitamin E dapat mempertahankan ketegangan dan membuatkan kulit tidak mudah berkedut kerana vitamin E dapat meningkatkan keanjalan kulit. Selain itu, ia dapat mengurangkan infeksi kerana vitamin ini sangat baik untuk kulit yang sensitif akibat sinar matahari.

Thanks For Reading :)